TIGA lelaki ditahan selepas aksinya menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 47, Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) dari Teluk Intan ke Setiawan, tular di media sosial.
Post by @utusantvView on Threads
Menurut kenyataan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Hilir Perak, polis berjaya mengesan tiga lelaki Melayu berusia 16 hingga 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut.
“Ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi wheelie, menunggang secara zig-zag, menduga kelajuan dan bersaing sesama sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.
Jelas kenyataan itu, ibu bapa diminta untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Pada 2 Julai lalu, pengguna Instagram yang dikenali sebagai Cakkecik telah memuat naik video memaparkan aksi beberapa buah motosikal menduga kelajuan yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

