Kuliah UAI di Bandar Tun Razak batal atas arahan pihak tertentu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KULIAH Maghrib Perdana penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad, 16 Julai ini terpaksa dibatalkan.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, kuliah Maghrib itu dikatakan dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Selepas UAI, ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Februari lalu, kuliah maghrib UAI yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Selangor juga terpaksa dibatalkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pembatalan itu adalah disebabkan UAI tidak mempunyai tauliah mengajar di Selangor.

Mohd Shahzihan dalam kenyataan ketika itu memaklumkan, kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di negeri itu.

Jelas beliau, semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This