SEBANYAK enam buah kereta dilaporkan rosak selepas dibakar oleh seorang lelaki tidak siuman di Jalan Batu Nilam 3, Bandar Bukit Tinggi, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 1.11 petang.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kereta jenis Nissan Sentra, Perodua Bezza, Perodua Myvi, Perodua Axia, Mazda dan Proton Saga mengalami kerosakan akibat dibakar.
“Api dipercayai menyala secara serentak pada kereta Axia, Myvi dan Mazda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seorang lelaki Cina berusia 37 tahun melecur di tapak tangan selepas cuba memadamkan kebakaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

