25 murid tolak motosikal selepas kena ‘pukat’ akibat buat bising

Dari Penulis

GARA-GARA membuat bising, seramai 25 murid sekolah terpaksa tolak motosikal ke balai selepas diperiksa polis dalam satu Operasi Didik Khas pukul 11.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, operasi di tempat letak kereta Arena Bandar Baru Salak Tinggi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

Katanya, pemeriksaan mendapati 25 murid sekolah sedang berkumpul dan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Tindakan telah diambil dan murid yang melakukan kesalahan lalu lintas diiring balik ke balai polis bagi pemeriksaan lanjut.

“Sebanyak 21 keping saman Pol 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, ibu bapa murid terbabit turut dipanggil dan keterangan diambil bagi tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This