Tolak motosikal 200 meter selepas kena pukat dekat Batu Pahat

Dari Penulis

SERAMAI 47 penunggang motosikal ditahan dalam satu Op Selamat yang diadakan di Dataran Penggaram, Bandar Batu Pahat pada pukul 5 petang hingga 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua penunggang berusia 15 hingga 30 tahun itu telah diiringi balik ke balai trafik sejauh 200 meter bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau berkata, sebanyak 79 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu serta mengubah suai ekzos.

“Seramai tiga remaja yang terlibat dalam konvoi berkenaan ditahan kerana melakukan pembakaran suar asap dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Sementara seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi terbabit melibatkan 12 anggota polis selepas menerima aduan daripada orang awam terdapat puluhan remaja berkumpul dan membuat bising dengan menggunakan motosikal.

Ismail berkata, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau anak-anak bagi mengelakkan daripada aktiviti yang tidak sihat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This