Bekas Setiausaha Agung FDAM, Abdul Rahim Awang meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Datuk Abdul Rahim Awang meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 1.05 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buloh.

Isteri Allahyarham Norhafizah Mohd Omar, 46, berkata suaminya dibawa ke hospital semalam selepas berasa tidak sihat.

Beliau berkata sebelum itu mereka baru sahaja menghadiri majlis pengebumian Presiden FDAM Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang juga bapa saudara suaminya.

“Datuk dikenali sebagai seorang yang tegas dan pada masa sama beliau juga seorang penyayang dalam kalangan anak muridnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam industri pula Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai perkara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa ke surau Al-Furqan Bandar Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cerakah petang ini.

BERITA BERKAITAN 120 filem pertaruh nasib di AIFFA 2023. Mahu kongsi nilai budaya satukan penggiat filem serantau

Sementara itu, Timbalan Presiden FDAM Datuk Zulkifli M Osman berkata pihaknya amat berdukacita atas permergian Abdul Rahim dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam industri.

“Saya pun tidak menyangka akan berita kematian Allahyarham kerana kami baru sahaja kehilangan Presiden FDAM abang Mat London semalam.

“Allahyarham sekarang merupakan penasihat kepada FDAM dan beliau sebenarnya seorang yang banyak membantu dalam persatuan ini,” katanya.

Abdul Rahim juga merupakan penulis novel cerita seram dan antara buku tulisannya berjudul Bara, Boneka dan Jejak-Jejak Songsang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This