Bangunan terbiar lebih 20 tahun dibuka semula kurangkan kesesakan HSA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH bangunan yang telah terbiar selama lebih 20 tahun akan dibuka semula bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan semula bangunan itu adalah hasil bantuan kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memaklumkan, usaha tersebut penting bagi membantu mengurangkan kesesakan di kawasan poliklinik HSA.

Pada masa sama, Onn Hafiz berkata, ia juga mampu memberikan keselesaan kepada petugas-petugas di HSA.

“Beberapa cadangan telah dikemukakan dan dipersetujui agar bangunan yang terbiar itu digunakan.

“Antaranya adalah bahagian unit pentadbiran akan dipindahkan ke bangunan ‘Sister Mess’.

Baca artikel berkaitan: Jawatankuasa khas bagi pembinaan HSA2 akan dibentuk – Onn Hafiz

“Ruang bahagian pentadbiran sedia ada akan dinaik taraf menjadi Klinik Kardiotorasik dan Klinik Pembedahan Plastik.

“Bilik ekokardiogram atau lebih dikenali sebagai echo akan diletakkan sekali dengan Klinik Kardiotorasik yang baharu bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada 1 Jun lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, HSA merupakan hospital awam kedua paling sibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur, selain terdapat kekurangan seramai 200 doktor.

Baru-baru ini, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) di salah satu tanah milik kegunaan Kementerian Pertahanan.

Katanya, jawatankuasa itu akan merangka pelan yang tersusun berhubung pembinaan HSA2.

Beliau memaklumkan, pembinaan HSA2 amat penting kerana mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di HSA sedia ada.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This