Tular pemandu, kelindan bas didenda tekan tubi, ketuk ketampi

Dari Penulis

TULAR sejak semalam satu klip video memaparkan aksi seorang pemandu bas bersama kelindannya didenda tekan tubi dan ketuk ketampi oleh seorang anggota tentera di tepi jalan raya.

Menerusi rakaman itu dapat dilihat pemandu dan kelindan bas bagi laluan Surabaya-Solo-Yogyakarta menjalani hukuman denda itu sambil dilihat anggota tentera.

Bagaimanapun lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Menurut Pemerhati Isu Pengangkutan dan Undang-Undang, Budiyanto berkata, tiada peraturan yang menyekat hukuman tekan tubi terhadap pesalah jalan raya.

“Hukuman tekan tubi itu adalah satu bentuk pendekatan sosial bertujuan mengingatkan pemandu untuk tidak membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Tambah Budiyanto lagi, pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati terutamanya pemandu pengangkutan awam yang membawa ramai penumpang.

Sementara itu menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati warganet mendakwa segelintir pemandu bas di kawasan terbabit sering memandu secara merbahaya.

“Sopir-sopir bus khususnya Jatim menang punya bakar jadi driver mobil F1,” kata @pejuang_receh_surabaya.

“Aku trauma naik bas ini. Surabaya-Jogja cuman 4 jam 30 minit, tanpa tol,” kata @bengkelsabuncair.

“Jujur ini lihat pemandu area jawa lebih ngeri top speednya di jalan umum kadang sampe 120km,” kata @revanssa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This