Penganggur pukul peniaga guna gelas besi ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan selepas bertindak mencederakan seorang peniaga di Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki yang dikenali dalam keadaan marah.

Beliau berkata, suspek secara tiba-tiba bertindak menyerang dan memukul mangsa di pipi kiri dengan menggunakan gelas besi.

“Kejadian terbabit telah dileraikan oleh beberapa individu yang berada di lokasi.

“Mangsa mengalami luka di pipi kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek berusia 44 tahun itu telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya pada pukul 1.10 pagi tadi dab turut dirampas gelas besi yang digunakan ketika kejadian.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Punca kejadian disebabkan suspek tidak menyenangi kehadiran mangsa di medan selera dan perkara tersebut tidak diendahkan oleh mangsa.

“Suspek kemudian berasa marah sebelum bertindak mencederakan mangsa,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, suspek kini direman sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This