Sanusi didakwa di Selayang esok pagi?

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, esok.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai akan didakwa sekurang-kurangnya atas dua pertuduhan ekoran kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor, baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, Muhammad Sanusi dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang berdasarkan carian menerusi laman e-filing mahkamah.

Pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi dilaporkan ditetapkan pada pukul 9 pagi secara berasingan di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang masing-masing di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin serta Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabtu lalu, Muhammad Sanusi memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor berhubung kenyataan beliau yang didakwa memperlekehkan baginda berhubung pemilihan Menteri Besar.

Melalui kenyataan bertajuk ‘Apa gunanya Menangguk di Air Nan Keroh’, Sanusi berkata, beliau mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan konteks ucapannya.

Dalam ucapannya yang tular, Muhammad Sanusi dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.

Baca artikel berkaitan: Isu Sanusi masih belum selesai, titah Sultan Selangor

Sanusi disiasat bagi kesalahan berkait ucapan berbaur 3R iaitu kaum, agama dan raja.

Hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan dimuat naik Facebook rasmi Selangor Royal Office bertitah bahawa isu melibatkan Muhammad Sanusi masih belum selesai walaupun telah menghantar warkah memohon ampun.

Dalam hantaran tersebut, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Pertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.

“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” kata kenyataan itu hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This