Bekas pengendali Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia

Dari Penulis

ARENA bola sepak negara dikejutkan dengan berita pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya, B Sathianathan yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun sebentar tadi.

Berita itu disahkan Pegawai Media Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Christopher Raj dalam ciapan di Twitter.

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Christopher ringkas dalam ciapannya.

Difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas kira-kira setahun bertarung dengan kanser.

Memetik laporan Harian Metro yang menghubungi Christopher, bekas pemain Negeri Sembilan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.25 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebagai rekod, jurulatih berpengalaman itu terpaksa berehat seketika daripada bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan pegawai perubatan.

Pasukan terakhir yang mendapat sentuhan mendiang adalah Sarawak United FC.

Baca artikel berkaitan: Selangor kutip 3 mata penuh, Sabah hukum Sri Pahang

Sathianathan mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada tahun 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Mendiang kemudiannya dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.

Beliau juga pernah melatih skuad Bawah-23 tahun Malaysia antara tahun 2006 hingga 2008 selain menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Dalam saingan Liga Malaysia, mendiang juga cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018) di samping menjadi jurulatih pasukan Selangor FC selama dua musim pada 2018 hingga 2020.

Beliau turut pernah dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This