1,001 keunikan di Geopark Kebangsaan Labuan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LABUAN merupakan antara tiga lokasi diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan negara pada 16 Disember 2021 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2021 yang lepas.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Labuan mempunyai 1,001 keunikan yang tidak terdapat di kawasan-kawasan pelancongan lain di Malaysia.

Terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pantai barat Sabah, Geopark Kebangsaan Labuan yang berkeluasan 402 km2 ini memaparkan evolusi endapan batuan dan landskap yang membentuk Pulau Labuan serta tapak-tapak biologi.

Antaranya hutan paya bakau (Kinabenuwa), hutan pantai (Tanjung Kubong), santuari hidupan liar (Pulau Ular) dan taman laut (Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman) yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies burung (layang-layang, bangau batu, burung kosa dan kelicap sepah).

Kepelbagaian warisan budaya pula boleh dilihat pada masyarakat yang mendiami perkampungan air di WP Labuan.

Menurut Ketua Jawatankuasa Saintifik Labuan Geopark, Prof Dr Che Aziz Ali, Geopark Kebangsaan Labuan itu adalah satu gagasan baharu yang bertujuan untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar secara lestari.

Jelas beliau, Geopark itu juga adalah gagasan pembangunan wilayah lestari terutama di kawasan-kawasan luar bandar yang belum mengalami proses-proses kemajuan yang besar.

Beliau berkata, terdapat dua aspek manfaat dan kepentingan Geopark Kebangsaan Labuan kepada negara.

“Yang pertama, kepada kerajaan. Dari segi ekonomi keseluruhannya. Kalau kita memahami aktiviti di geopark ini, ia bertujuan untuk mengangkat ekonomi masyarakat setempat.

“Kita melihat Labuan ini mempunyai banyak sumber-sumber warisan tabii (semula jadi) dan warisan budaya yang banyak.

“Sumber warisan ini kalau tidak diangkat dan dijual, ia akan tinggal begitu sahaja, terbiar tanpa dimanfaatkan,” katanya.

Baca juga: Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan tiga hari ke Labuan

Menurut beliau, konsep Geopark yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak adalah memelihara warisan; memanfaatkan warisan secara lestari untuk kesejahteraan masyarakat untuk mengangkat ekonomi dan mengangkat taraf kehidupan dan menjaga warisan supaya tidak hilang.

Geopark Kebangsaan Labuan miliki batuan minyak di darat

Dalam konteks kebangsaan, Geopark Kebangsaan Labuan adalah yang paling hampir dengan industri petroleum.

Che Aziz berkata, pelancong boleh melihat batuan-batuan minyak di daratan yang mana susah untuk dilihat di kawasan-kawasan pelancongan lain.

“Di Labuan, kita boleh tengok bagaimana batuan yang mengandungi minyak itu di darat. Itu satu perkara yang susah kita hendak tengok di tempat lain.

“Labuan turut mempunyai kepentingan global dari segi geologi. Ia adalah sebahagian daripada bukti-bukti geologi, proses dan evolusi geologi yang berlaku sejak 45 juta tahun dahulu sampai hari ini,” katanya.

Che Aziz berkata, proses evolusi itu bukan sahaja mellibatkan Labuan tetapi Kepulauan Borneo itu sendiri.

Katanya, bukti-bukti pembentukan evolusi Kepulauan Borneo itu boleh dilihat di Geopark Kebangsaan Labuan.

Jelas beliau, Proses geologi itu ada kepentingan untuk sektor pelanongan kerana boleh dikaitkan dengan pembukaan laut Cina selatan.

“Ia juga berkait rapat dengan proses yang mengangkat Sabah menjadi daratan. Asalnya Labuan itu adalah dasar laut yang sangat dalam. Mungkin 4,000 meter di bawah paras laut.

“Kemudian terangkat apabila berlaku evolusi geologi, apabila Laut Cina Selatan itu terbuka, bahagian Sabah Barat terangkat, jadi Labuan juga terangkat,” katanya.

Che Aziz berkata, Geopark Kebangsaan Labuan perlu dianggap seperti ‘lombong yang perlu dikorek dan dijual’ dalam sektor pelancongan.

“Kita tidak keluarkan batu dari lombong ini untuk dijual, tapi kita lombong ilmu dan maklumat yang ada pada geopark ini untuk dijual kepada pelancong,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This