PRN: PKR bertanding 58 kerusi, Aminuddin Harun wajar kekal MB Negeri Sembilan – Anwar

Dari Penulis

PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi  Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan. 

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin Negeri Sembilan dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program. 

“Maknanya tidak ada ruang untuk orang kata Menteri Besar ini sukar ditemui atau tidak menyantuni (rakyat). Oleh itu, kita ada barisan pimpinan yang membanggakan kita.

Negeri Sembilan saya belum buat apa-apa pengumuman (mengenai kedudukan Menteri Besar), kerana perbincangan itu mengambil masa yang agak panjang dengan rakan kita yang lain tetapi kita telah sampaikan pandangan kita kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,”  katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 7 di Shah Alam malam ini. 

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Aminuddin kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat. 

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal bertanding di kerusi DUN Sungai Tua.

Anwar sebelum ini mengumumkan Amirudin bakal dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan PH dan BN menerajui Selangor dalam PRN.

Dalam pada itu katanya, pimpinan DAP mencalonkan semula Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan PKR menyambut baik kerana prestasi beliau yang telah mengangkat dan menjamin pertumbuhan kemajuan negeri itu. 

“Cara dia menyantuni rakyat semua kaum termasuk Melayu berbeda dengan pandangan yang cuba mencerca DAP, kita lihat watak dan ketokohan Chow yang sentiasa bekerja untuk orang Cina, Melayu dan India,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata daripada laporan yang diterima setakat ini, ketiga-tiga negeri tersebut iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mampu dipertahankan gabungan PH-BN pada 12 Ogos depan, namun dengan kerja keras jentera parti. 

“Pada bulan lalu saya sebut satu negeri lagi kita senang boleh tambah (menang), sekarang saya nak sebut hampir dua negeri kita boleh tawan dan syaratnya tumpu kerja dalam kempen,” katanya.

Anwar mengumumkan PKR akan bertanding di 58 kerusi DUN di PRN enam negeri, iaitu 20 kerusi di Selangor, Negeri Sembilan (enam), Pulau Pinang (13), Kedah (10), Kelantan (enam) dan Terengganu (tiga).

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This