Kekosongan kerusi Simpang Jeram akan dimaklum pada SPR

Dari Penulis

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi whatsapp ringkas kepada Bernama hari ini, susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada Ahad malam.

Terdahulu, jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadut di Serkat, Tanjung Piai, dekat sini untuk disembahyangkan dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, pada pukul 12.05 tengah hari, hari ini.

Baca artikel lain: Buat ciapan tak sensitif, Dominic dakwa akaun Twitter digodam

Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mempertahankanya pada PRU15.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana Barisan Nasional memenangi 40 kerusi pada PRN lepas, diikuti Pakatan Harapan mempunyai 12 kerusi, tiga lagi merupakan Perikatan Nasional manakala MUDA satu kerusi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This