Majlis kenduri kahwin cemas gara-gara lori masuk tanpa diundang

Dari Penulis

DETIK gembira sebuah keluarga yang sedang mengadakan majlis perkahwinan bertukar cemas apabila sebuah lori merempuh masuk bangunan di Gedung Kesenian Balikpapan, Kalimantan Timur pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Kompas.com, Gedung Kesenian itu baru sahaja selesai digunakan bagi majlis resepsi perkahwinan sebelum sebuah lori merempuhnya.

Menurut pengantin lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hibaturachman, meskipun kejadian berlaku ketika majlis sudah selesai, dia bersama isteri serta keluarga masih berada di lokasi tersebut.

Katanya, dia sempat melihat sebuah lori menuju ke arah bangunan tersebut sebelum secara drastik menarik tangan individu yang berhampiran bagi menyelamatkan diri.

“Perkara tersebut membuatkan kami terkejut.

“Saya terus periksa keberadaan ibu bapa. Pada mulanya saya panik kerana tidak menemui mereka, namun kemudian didapati ibu bapa sudah berada di luar bangunan,” ujarnya.

Kata Hibaturachman lagi, dia masih trauma dengan kejadian tersebut dan memaklumkan beberapa ahli keluarganya cedera ringan dan pengsan setelah kejadian itu.

Sementara itu, pemandu lori yang dikenal sebagai IDR berkata, kejadian tersebut berlaku apabila rakan sekerjanya sedang memasukkan barang di dalam lori tersebut.

“Tiba-tiba brek gagal berfungsi dan lori terus meluncur laju ke bawah dan melanggar Gedung Keseniaan.

“Empat pekerja yang berada di atas lori sempat melompat keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Ketua Pengurusan dan Penyelenggaraan Kota Balikpapa, Djogeh berkata, kejadian itu menyebabkan kerugian melebihi RM151,471.47.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Kota Balikpapan, Komisioner Ropiyani memaklumkan, lori terbabit dijadualkan untuk membawa barangan ke Pulau Jawa.

“Apabila muatan barang diletakkan pada lori, secara tiba-tiba brek tidak berfungsi dan merempuh bangunan terbabit,” ujarnya.

Jelas Ropiyani, kejadian tersebut tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang ECRL belum dimuktamadkan, kadar tular di media sosial hanya spekulasi

KADAR tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tular di media sosial ketika ini hanyalah spekulasi dan tidak...

More Articles Like This