Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu wanita itu di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira 11 pagi.
Katanya kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini dan menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.
“Difahamkan suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.
“Suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada April lepas tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

