Presiden Filipina bertemu Anwar bincang langkah hubungan 2 hala

Dari Penulis

PRESIDEN Filipina Ferdinand Marcos Jr mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersempena lawatan negara beliau ke Malaysia selama tiga hari bagi membincangkan langkah-langkah untuk menyemarakkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Marcos disambut Anwar sejurus ketibaannya di Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 3.23 petang dan menandatangani buku pelawat sebelum menuju tingkat lima bangunan itu untuk perbincangan dengan Anwar.

Baca artikel lain: Kenyataan komplot terhadap Sanusi tidak merujuk kepada PDRM – Ahmad Yahaya

Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, serantau dan isu antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama semasa lawatan sulung Marcos ke Malaysia.

Mesyuarat itu juga akan mengenal pasti bidang kerjasama baharu dalam ekonomi antara kedua-dua negara dengan antara sektor tumpuan ialah pertanian, keterjaminan makanan, ekonomi digital dan pelancongan.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This