POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak mencuri telefon di sebuah klinik dekat Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves pada pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian pukul 8.13 pagi itu, pengadu merupakan seorang wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pembantu klinik.
Beliau berkata, pengadu mendapati telefon yang diletakkan pada bahagian kaunter klinik telah hilang.
“Pengadu kemudian membuat semakan pada kamera litar tertutup dan mendapati seorang lelaki telah masuk ke dalam klinik dan mengambil telefonnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu mengalami kerugian bernilai RM500.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Azlan Mohd Jaafar di talian 017-3605 063.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

