DAKWAAN bahawa Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tidak benar.
Hal itu selepas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan yang Dominic akan bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas.
Beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial hari ini berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PN.
“Adalah dimaklumkan bahawa Presiden Parti Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, merupakan calon PN bagi kerusi DUN N.38 Bayan Lepas, Pulau Pinang, setelah dipersetujui oleh Majlis Presiden Perikatan Nasional,” katanya ringkas.
Baca juga: Dominic akui kurang komunikasi dalam PN, masih berteka-teki soal kerusi
Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Pas Pulau Pinang tidak bersetuju sekiranya pimpinan tertinggi PN meletakkan Dominic bertanding di kerusi majoriti Melayu.
Semalam, ketika pengumuman calon dibuat, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee tidak menyatakan calon mana yang akan bertanding bagi kerusi DUN Bayan Lepas.
Sedangkan, 39 kerusi DUN lain dinyatakan secara jelas oleh beliau.
Perkara itu turut menarik perhatian para hadirin yang mempersoalkan mengapa calon bagi kerusi DUN Bayan Lepas tidak diumumkan.
Kemudian, selepas mengetahui bahawa Dominic akan bertanding di Bayan Lepas, ada pihak yang mendesak nama beliau ditukarkan dengan calon yang lain.
Ada yang mengatakan Dominic ditukar untuk bertanding di kerusi DUN Machang Bubuk, menggantikan Tan Hum Wei.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

