‘Ayam tebuk’ di Bukit Changgang tiada sijil halal – JAIS

Dari Penulis

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa ‘ayam tebuk’ yang tular di media sosial dan dijual di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat Shah Alam tidak mempunyai sijil halal sah.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit semalam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu telah melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia kerana mempamerkannya tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan turut menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barangan keperluan harian dengan mengutamakan produk yang mendapat pensijilan halal dan sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, mereka boleh membuat semakan terus melalui portal halal JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my.

“Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status dan penyalahgunaan logo, aduan juga bolen dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This