Kelantan United ikat PDRM, Terengganu terpaksa berkongsi mata dengan N. Sembilan

Dari Penulis

KELANTAN United gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 2-2 menentang PDRM FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

PDRM selaku pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan lencong daripada luar kotak penalti Mohamad Nabil pada minit ke-47 menewaskan penjaga gol Kelantan United, Mohd Shahril Sa’ari.

 Penyerang import Nigeria, Uche Agba menambah jaringan buat skuad Sang Saka Biru pada minit ke-54 apabila mudah menewaskan penjaga gol Kelantan United yang berdepan situasi satu lawan satu selepas menerima lorongan bola rakan pasukan dalam kawasan kotak penalti.

Kelantan United mempamerkan kebangkitan dengan memperolehi gol pertama menerusi Jose Porteria pada minit ke-55 apabila mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol PDRM.

 Kemasukan S.Sharvin ternyata mengubah nasib Kelantan United selepas beliau menghadiahkan jaringaan penyamaan pada minit ke-70 sebelum kedudukan kekal sehingga wisel tamat ditiup.

Kelantan United kini menduduki tangga ke-12 liga dengan lapan mata selepas 18 perlawanan manakala PDRM di tangga kelapan dengan24 mata.

BERITA BERKAITAN Belia Terengganu terima durian runtuh lebih RM500,000

Di TERENGGANU, hasrat tuan rumah Terengganu FC untuk membawa pulang bekalan tiga mata penuh turut musnah selepas terikat seri 1-1 menentang  Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus.

Skuad Penyu ternyata menguasai perlawanan seawal babak pertama perlawanan sebelum berhasil memecah kebuntuan gol melalui tandukan Ivan Mamut hasil hantaran Sony Norde pada minit ke-66.

Bagaimanapun, keselesaan Terengganu tidak kekal lama apabila direntap skuad Jang menerusi jaringan penyamaan pemain import Perancis, Hérold Goulon di minit ke-88.

Terengganu FC kini menghuni tangga keenam dengan 26 mata manakala Negeri sembilan di tempat kesembilan dengan 21 mata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This