POLIS kini memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian samun di kawasan parkir dekat hadapan sebuah restoran Jalan Utam Singh, Seremban, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian samun pada pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian 5.41 pagi, mangsa iaitu dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun yang sedang minum di dalam kereta telah didatangi dua lelaki tidak dikenali.
“Suspek yang datang menaiki sebuah lori telah menegur mangsa dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga berlaku pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek kemudian bertindak merampas dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan beg dompet milik mangsa sebelum melarikan diri.
Malah, suspek juga bertindak melanggar kereta mangsa sehingga menyebabkan kerosakan.
Arifai berkata, kerugian dianggarkan bernilai RM5,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Saufi Malik di talian 011-2062 5464.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

