Bersatu pecat seorang ahli kerana bakar bendera PN

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak, memecat keahlian seorang ahlinya selepas melanggar perlembagaan parti tersebut.

Turut diambil tindakan adalah dua lagi ahli yang digantung keahlian serta-merta selama tiga tahun.

Difahamkan, ketiga-tiga ahli biasa Bersatu Bahagian Hulu Selangor itu dikenakan tindakan disiplin selepas terbabit dalam insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN), yang tular di media sosial.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang mengadakan mesyuarat pada 26 Julai lepas.

“Seorang ahli Bersatu dipecat keahliannya serta-merta, manakala dua lagi ahli digantung keahlian serta-merta selama tiga tahun.

“Mereka melanggar Fasal 10.2.2 Perlembagaan Bersatu disebabkan perbuatan menghasut, memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: PRN: 147 calon bertanding di Selangor

Pada masa sama, Hamzah menambah, Bersatu menyatakan komitmen dalam memastikan gerak kerja parti dalam menghadapi pilihan raya negeri dan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu ditahap maksimum.

Ujarnya, ini demi memastikan kejayaan berpihak kepada calon Bersatu dan juga gabungan dalam PN.

“Sehubungan itu, Bersatu menegaskan bahawa mana-mana ahli Bersatu yang tidak mendapat kebenaran parti tetapi bertindak melanggar disiplin parti dengan bertanding, menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lain atau calon Bebas, keahliannya terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This