MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan dilakukan Menteri Keselamatan Israel yang mengetuai tenteranya ke atas Masjid Al-Aqsa dan perkarangan masjid suci itu, Khamis lalu.
Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, pencerobohan itu merupakan satu tindakan provokasi dan jelas mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Menurut kementerian itu, Malaysia tidak akan sesekali membenarkan sebarang percubaan tentera penjajah yang bertujuan mengubah status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
Pada masa sama, negara ini juga tidak akan mengiktiraf sebarang hasil daripada tindakan haram tersebut.
Baca artikel berkaitan: Malaysia kutuk tindakan Ben-Gvir ceroboh Masjid Al-Aqsa
“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan status undang-undang tapak suci dan meminta rejim Israel bertanggungjawab atas pencerobohan itu demi keamanan dan kestabilan.
“Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Haram Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya dalam kenyataan itu.
Wisma Putra turut menegaskan Malaysia berpegang teguh dengan pendirian tidak berbelah bahagi bahawa rakyat Palestin berhak untuk sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

