Muhyiddin iring Azmin, dua lagi calon PN tiga DUN di Parlimen Gombak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mengiringi calon gabungan itu bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak untuk proses penamaan calon, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ‘menemani’ calon-calon PN di DUN Hulu Kelang iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan calon PN untuk DUN Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin.

Ketiga-tiga calon itu turut diiringi ratusan penyokong PN berarak ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.

Difahamkan, penyokong PN berkumpul sejak pukul 5.30 pagi tadi untuk bersolat subuh berjemaah sebelum mengikut perarakan calon.

Bagi kerusi DUN Hulu Kelang, Mohamed Azmin dijangka berdepan cabaran bekas ‘anak murid’, Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Baca artikel berkaitan: PRN: Parlimen Gombak jadi tumpuan esok

Di DUN Sungai Tua, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bakal menghadapi saingan calon PN daripada Pas iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin.

Muhammad Hilman yang juga penyandang kerusi DUN Gombak Setia pula akan menghadapi cabaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Gombak ini menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin besar daripada PN mahu pun Kerajaan Perpaduan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengiringi calon-calon PH-Barisan Nasional (BN).

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Pengundi Cina sokong BN? MCA yakin tambah 7 ke 8 kerusi DUN

MCA menyatakan keyakinan mampu menambah kerusi dimiliki parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal dilangsungkan tidak...

More Articles Like This