Malaysia kecam keras penutupan pintu Masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan – Wisma Putra

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya tindakan berterusan Israel menutup pintu Masjid al-Aqsa kepada para jemaah Islam, khususnya semasa bulan suci Ramadan.

Wisma Putra menegaskan sekatan bersifat diskriminasi dan sewenang-wenangnya terhadap akses ke Kota Lama Baitulmaqdis serta tempat-tempat ibadat di kawasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.

“Tindakan sedemikian merupakan satu lagi provokasi terhadap umat Islam serta terus meningkatkan ketegangan di Wilayah Palestin yang diduduki.

“Malaysia dengan tegas menolak langkah-langkah yang menyalahi undang-undang dan tidak berasas ini, serta mengecam usaha berterusan Israel untuk menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada masa sama, Wisma Putra menegaskan rejim Zionis tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitulmaqdis Timur termasuk tapak-tapak suci Islam dan Kristian di kawasan tersebut.

Ujarnya, keseluruhan kompleks Masjid al-Aqsa seluas 144 dunam atau 144 ribu meter persegi merupakan tempat ibadat umat Islam.

“Waqf Baitulmaqdis serta Jabatan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa, di bawah Kementerian Awqaf, Hal Ehwal Islam dan Tempat-Tempat Suci Jordan kekal sebagai satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran kawasan tersebut.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mendesak Israel agar menghentikan pelanggaran berterusan serta amalan-amalan yang menyalahi undang-undang terhadap tapak-tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.

“Malaysia turut menyeru agar kesucian serta sejarah dan perundangan sedia ada tempat-tempat suci tersebut dihormati,” menurut kenyataan itu lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This