MK mengaku silap tak pakai ‘seat belt’ dengan betul, harap semua jadikan pengajaran

Dari Penulis

Penyanyi rap, MK K-Clique memohon maaf susulan video yang memperlihatkan dia dan isterinya, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta, baru-baru ini.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin meluahkan rasa kesal terhadap tindakannya yang mengabaikan soal keselamatan ketika berada di atas jalan raya sekaligus menunjukkan contoh yang tidak baik kepada semua.

“Saya ingin minta maaf kepada semua orang kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan videp yang saya muat naik.

“Ia berkenaan usikkan saya terhadap isteri yang tengah memandu dan tak pakai tali pinggang dengan betul.

“Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan teguran. Saya mengaku kesalahan saya…tak ada alasan memang salah,” katanya.

Sementara itu, MK berharap kesilapan yang dilakukannya itu menjadi pengajaran untuk orang lain.

“Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka.

“Semoga video saya itu beri pengajaran dan tidak akan diulangi lagi. Moga kita lebih berhati-hati dan ingat orang tersayang,” jelasnya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Terdahulu, MK memuat naik video di TikTok memaparkan dia sedang bergurau dengan isterinya sambil mengajar bahasa negeri Sabah ketika sedang memandu.

Namun, netizen menyedari MK dan isterinya tidak memakai tali pinggang keledar dengan betul biarpun dalam kenderaan yang sedang bergerak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This