PEMBERIAN kredit e-tunai berjumlah RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah akan dilaksana pada suku keempat tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan dalam hantaran di media sosial.
Kementerian Kewangan memaklumkan, pihaknya sedang memperincikan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dengan pemegang taruh.
Menurut kementerian itu, bantuan e-tunai tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.
“Susulan pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengenai inisiatif baharu ini, Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa – PM
“Ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Semasa melancarkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, Khamis lalu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Beliau berkata, inisiatif melibatkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

