SEORANG pengawal keselamatan ditahan selepas bertindak melakukan khianat terhadap kereta milik seorang peniaga di Jalan 1/23b, Pandan Indah pada 28 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu seorang lelaki Melayu berusia 51 tahun telah meletak kereta Honda Civic FC miliknya di hadapan sebuah premis pada pukul 10.20 malam.
Beliau berkata, pada pukul 6 pagi keesokan hari mendapati cermin belakang Civic telah retak, berlubang dan mengesyaki kejadian disebabkan perbuatan khianat.
“Suspek seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan pada pukul 12 tengah malam kelmarin di tepi sebuah premis dekat Pandan Indah.
“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek selalu menuduh pengadu membuat bising di rumah dan menyebabkan suspek yang tinggal di tingkat bawah tidak selesa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

