Bonda Sultan Terengganu mangkat

Dari Penulis

BONDA Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan media berkata jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari.

Beliau berkata, jenazah bonda Sultan Mizan Zainal Abidin itu akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Baca artikel berkaitan: Sultan Brunei raja paling lama memerintah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Jenazah Allahyarham akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar 4 petang.

Menurut Mohd Sophian, Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

“Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam ini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This