Fahmi ingatkan semua pihak berhati-hati, jangan sentuh hal berkaitan 3R

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan insititusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata perkara ini penting, kerana ia boleh menggugat perpaduan yang telah lama terjalin dan dipupuk sejak awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

“Saya ingin memperingatkan, dalam semangat hari-hari lebih kurang seminggu sebelum hari mengundi pada 12 Ogos nanti, tolong hati-hati, jangan bermain isu 3R terutama dalam media sosial.

“… jangan menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab kita hendak menang PRN, maka kita gadaikan perpaduan yang telah lama kita pupuk sejak tahun awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, hari ini.

Baca artikel lain: Sepakat selesai kes saman fitnah secara baik, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian PRN enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Ketika ditemui pemberita, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata setakat ini, media sosial terutama TikTok, belum mempunyai sistem ‘social media listening tool’ yang boleh meneliti dan memantau kandungan tertentu, seperti 3R.

Justeru, beliau berkata pemantauan kandungan ketika ini lebih bersifat manual, bagi mencari ciri-ciri kandungan tertentu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This