SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak mengasari lelaki lain dengan menggunakan sebatang besi di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, ditahan polis.
Video penuh tekan link di bawah ⬇️
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.55 pagi Isnin lalu dan laporan telah dibuat oleh mangsa berusia 48 tahun.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun telah ditahan pada hari yang sama.
“Suspek telah direman selama tiga hari bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kejadian berpunca selepas bapa suspek membuka pintu kereta lalu terkena pada kenderaan milik pengadu.
“Pengadu mengatakan ‘stupid’ dan didengari oleh suspek sebelum berlakunya pergaduhan,” ujarnya.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
Amihizam berkata, sebarang spekulasi berhubung dengan video tular ini hendaklah dihentikan.
Sejak semalam tular satu video berdurasi 1 minit 26 saat memaparkan aksi seorang lelaki mengasari lelaki lain di hadapan sebuah premis.
Rakaman video turut kedengaran suara seorang wanita meminta tolong, tetapi langsung tidak diendahkan orang awan yang berada di lokasi tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

