SEORANG buruh binaan ditahan selepas melakukan khianat terhadap orang awam di sebuah kondominium dekat Sungai Nibong, Pulau Pinang, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita tempatan pada pukul 12.40 pagi semalam.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, pengadu yang sedang berniaga di perkarangan kompleks mendapati seorang lelaki warga asing telah menjerit dan mencampak pelbagai barang dari tingkat 15 kondominium.
“Akibat insiden itu, terdapat kelengkapan perniagaan milik pengadu rosak.
“Suspek berusia 37 tahun yang menetap di kondominium tersebut telah ditahan oleh anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah.
“Punca kejadian disebabkan suspek mempunyai masalah dengan teman wanita,” katanya.
Soffian berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 290/427 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari sehingga Ahad.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

