PERIKATAN Nasional (PN) akan menyerahkan senarai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kepada kepemimpinannya, minggu depan.
Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat pertama persediaan PRK yang diadakan petang semalam.
“PN Johor mengadakan mesyuarat pertama persediaan PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram petang semalam, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting pilihan raya itu.
“Antara perkara utama dibincangkan semalam adalah mengenai calon yang bakal diturunkan di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dengan setiap ahli gabungan diminta menyenaraikan tiga calon setiap parti.
“Nama sembilan calon berkenaan akan dibentangkan semula pada mesyuarat PN Johor minggu depan, sebelum ia dimuktamadkan dan dihantar kepada kepimpinan Pusat bagi penilaian pada minggu hadapan juga.
“PN Pusat dijangka akan bermesyuarat mengenai PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai nanti bagi menentukan calon terbaik untuk diturunkan parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Fahmi ingatkan semua pihak berhati-hati, jangan sentuh hal berkaitan 3R
Semalam, SPR dilaporkan menetapkan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September ini dengan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon.
Kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram itu susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddian Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 23 Julai lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

