SEORANG pemuda berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu akhirnya ditemui maut di dalam cerun dekat Kilometer 7 Jalan Juasseh-Bahau, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kemalangan pada pukul 7.25 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil bersama pemandu di bahu jalan bercerun.
“Turut ditemui kad pengenalan dan lesen memandu mangsa.
“Semakan mendapati mangsa telah dilaporkan hilang dengan menaiki Kancil berwarna kelabu pada 6 Jun oleh ibu mangsa selepas gagal dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah bagi tujuan bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Muhammad Helmi Hussin di talian 018-9851207 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

