“Ramai orang kejar pahala dunia tapi tak ramai kejar pahala akhirat” – David Teo

Dari Penulis

PENYANYI Masya Masyitah baru-baru ini telah memanaskan suhu industri hiburan tanah air apabila berkongsi foto dirinya yang tidak lagi bertudung di Instagram.

Tindakan penyanyi berusia 23 tahun itu yang membuat keputusan untuk mendedahkan auratnya kepada khalayak ternyata mengundang kekecewaan ramai pihak termasuklah penerbit terkenal, David Teo.

Menerusi hantaran di Instagram, David memberikan nasihat kepada penyanyi Halimunan itu untuk mengejar pahala akhirat dan mendoakan gadis itu mendapat hidayah Allah.

“Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.

“Walaupun iman kita berbolak-balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seriuslah? Patutlah dia tunjuk aurat sikit demi sikit” -Netizen terkejut, Masya Masyitah kongsi foto ‘free hair’ di IG

“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh David.

Malah, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa malu apabila individu bukan Islam yang menegur seorang Muslim untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff pada Ahad lalu bertindak memuat naik gambarnya yang tidak lagi berhijab.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This