Guris hati masyarakat Siam, Mohd Syahir digesa mohon maaf

Dari Penulis

PENOLONG Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa “sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha”, dalam sesi debat berkenaan.

“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.

“Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” kata Boon dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN: Janji Pas untuk naik taraf LTSIP tidak berpijak di bumi nyata – Rafizi

Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.

Beliau berkata sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya.

“Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik,” katanya.

Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This