PENOLONG Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman membidas kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mendakwa Pas menyemai benih kebencian.
Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok menegaskan, Pas tidak pernah merestui serta mempengaruhi tindakan pelampau dan pengganas.
Menurut Mohd Syahir, pendekatan Pas adalah mendidik, mengajak dan memberikan peringatan yang mana mengikut lunas undang-undang serta proses demokrasi.
“Jangan mudah menuduh Pas menyemai benih kebencian, apatah lagi menuding jari kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Kami pun boleh berkata, apa yang dituai DAP hari ini, adalah benih yang disemai oleh Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebelum ini. Sejarah menjadi saksi,” katanya dalam hantaran di X.
Semalam, Lip Eng dilaporkan mendakwa pemimpin Pas terus memainkan peranan penting dalam menyemai kebencian terhadap DAP sehingga mengakibatkan minda mudah dipengaruhi pemikiran radikal.
Kenyataan itu susulan Ahli parlimen DAP, Teresa Kok menerima ancaman peluru hidup dan nota berbaur perkauman yang diletak dalam peti surat rumahnya.
Mengulas mengenai kes Teresa, Mohd Syahir berkata, beliau yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih cekap untuk merungkai sebarang motif.
Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin DAP agar tidak mendahului siasatan pihak polis selagi belum mempunyai bukti.
“Hentikanlah segala bentuk provokasi dan spekulasi. Kepada Lip Eng, saya tinggalkan satu pesanan.
“You reap what you sow. Janganlah disemai politik paranoid, politik toksik, politik parasit di tanah yang sedang menghijau ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

