Polis sedang memburu seorang suspek yang dipercayai melakukan jenayah samun di sebuah butik kecantikan di Batu Gajah semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, suspek lelaki tersebut melarikan wang tunai dan barangan kemas daripada seorang penjaga premis wanita melibatkan kerugian kira-kira RM7,000.
“Suspek mempunyai fizikal dengan ketinggian sederhana dan berbadan kurus. Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, bertopi keledar warna hitam dengan visor gelap dan berkasut putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Insp Nurhidayah Omar di talian 05-3654322 atau 05-3629050 bagi membantu siasatan.
Pihak polis turut menyebarkan gambar suspek yang dirakam menerusi kamera litar tertutup yang terdapat di premis berhampiran.
— BERNAMA
Thursday , 10 August 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

