Isu kerusi DUN Bayan Lepas selesai, tak lagi berbangkit – Tuan Ibrahim

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, isu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas sudah selesai dan tidak lagi berbangkit.

Menurut beliau, Pas tidak mahu lagi melayan dakwaan ia ‘dipermainkan’ dua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung percaturan bagi kerusi berkenaan.

“Isu terbabit sudah selesai dan tidak timbul dah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan klip audio dikaitkan dengan pimpinan Pas Pulau Pinang tular, mendakwa parti itu ditipu dengan ‘kelicikan’ parti komponen PN, iaitu BERSATU dan GERAKAN.

Rakaman dipercayai perbualan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim itu mendakwa pimpinan Pas Pusat tidak pernah bersetuju kerusi Bayan Lepas diberikan kepada calon bukan Islam, selain parti Islam itu sudah menyenaraikan calon yang akan diketengahan.

Ia antara lain mendakwa, calon mahu diketengahkan Pas, dicantas oleh Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dengan cadangan itu dikatakan disokong Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim ketika berucap pada program berkenaan, menasihati pengundi dan pimpinan PN negeri supaya kekal tenang serta tidak terjerumus dalam provokasi pihak tertentu sepanjang pusingan akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengakui akan ada tindakan dan provokasi pelik dimainkan segelintir pihak, terutama menjelang tempoh akhir berkempen.

“Allahyarham Abdul Samad Gul Ahmad Mianji di Kelantan. Balik ceramah, sampai rumah buka pintu kereta…keluar kena kapak, terbelah dua kepala. Selain itu, tragedi malang saudara Mutalib di Perak suatu masa dahulu.

“Bermakna, sehari dua sebelum PRN ini sangat penting. Jangan terpengaruh dengan provokasi mana-mana pihak. Malam ini saya ada terima (makluman) kain rentang dipasang kononnya ‘undi PN, masuk syurga’.

“Kita tak pernah buat kain rentang demikian. Ada ‘banner’ ‘kita orang Melayu menentang bangsa asing, pendatang’ ini bukan kain rentang kita.

“Justeru, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya diminta mengambil tindakan jika ternampak kain rentang sedemikian.Provokasi sengaja dibuat supaya kita bertindak balas,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This