Lagi seminggu bakal bergelar suami isteri, Syafiq Kyle & Mimi Lana batalkan pernikahan

Dari Penulis

MAJLIS pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan.

Berita yang mengejutkan itu turut disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf atas segala kesulitan,” menurut mesej yang dihantar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana sudah dirisik Syafiq Kyle – “One step closer…,”

Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.

Sementara itu, usaha URTV untuk mendapatkan kenyataan daripada Syafiq dan Mimi tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab serta kiriman mesej tidak dibalas.

Menjengah ke Instagram Mimi, dia hanya memuat naik puisi bahasa Inggeris yang menerangkan tentang penghargaan terhadap wanita.

Malah, Mimi turut menutup ruangan komen di hantaran tersebut.

Untuk rekod, pasangan itu pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada 21 Januari lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This