Syafiq Kyle dianugerahkan Rising Icon APFF, harumkan nama Malaysia di peringkat global

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BINTANG filem kesayangan ramai, Syafiq Kyle, membuktikan bakatnya memang bertaraf antarabangsa! Aktor versatil ini bukan sahaja pulang membawa kemenangan peribadi, malah filem aksi throttle yang dibintanginya, “Blood Brothers: Bara Naga”, turut memecah masuk anugerah utama di Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF62) yang baru sahaja berlangsung gilang-gemilang di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur!

Syafiq dinobatkan sebagai penerima Anugerah Rising Icon APFF (Kategori Lelaki), satu pengiktirafan yang diperkenalkan tahun ini untuk mengangkat pelakon muda paling menyerlah di rantau ini.

Penganjuran APFF62 oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia-Pacific (FPA) dengan kerjasama FINAS, Tourism Malaysia dan Lomo Pictures itu menyaksikan himpunan terbesar karyawan filem, selebriti antarabangsa dan tenaga kreatif dari seluruh rantau dalam suasana penuh gemilang.

Setiausaha Agung FPA, Pansha berkata, pemilihan Syafiq dibuat secara sebulat suara berdasarkan prestasi konsisten dan pengaruhnya dalam industri perfileman tanah air.

“Anugerah ini diperkenalkan tahun ini untuk menaikkan lagi taraf APFF. 

“Kami memilih Syafiq kerana mahu memberi ruang kepada pelakon muda yang menyerlah dan bukan hanya mengiktiraf nama pelakon-pelakon veteran saban tahun,” katanya.

Sementara itu, Blood Brothers: Bara Naga yang bersaing sengit dengan 12 filem hebat dari Iran, Korea, Jepun dan banyak lagi, berjaya merangkul Anugerah Istimewa Juri! Ini adalah kemenangan berganda yang sungguh membanggakan negara!

Teruja dengan kemenangan ini, Syafiq mengakui trofi itu membuka pintu rezeki untuknya melebarkan sayap ke luar negara.

“Kemenangan ini memberikan semangat untuk saya lebarkan sayap ke luar negara. 

“Sebenarnya ada juga tawaran dari Indonesia, India dan Thailand… Rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Bintang yang diiktiraf kerana prestasi konsisten dan pengaruhnya ini kini sibuk dengan komitmen besar pada penghujung bulan ini, dia kembali sebagai DSP Zamri untuk penggambaran sekuel filem Takluk 2 – Lahad Datu (sebelum Ramadan).

Kemudian, tahun depan sekitar selepas sambutan Aidilfitri, Syafiq akan sibuk di set penggambaran filem sekuel yang menang anugerah, “Blood Brothers 2” pula.

Kemeriahan APFF62 turut menyaksikan kehadiran aktor legenda Hong Kong, Simon Yam, yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Simon turut memuji Malaysia, malah menyatakan hasrat mahu berlakon di sini.

“Saya gembira sangat dan anggap anugerah ini satu penghormatan yang terbesar dan sangat bermakna sepanjang karier sebagai pelakon.

“Jika ada peluang saya berhasrat nak berlakon di Malaysia. Antara negeri yang telah saya lawati di Malaysia ialah Pulau Pinang dan saya cukup menyukai tempat di situ,” ujarnya.

Tahniah juga kepada bintang muda Malaysia, Lin Min Chen, yang membawa pulang FPA Most Promising Icon Award.

Kemenangan ini membuktikan Syafiq, Blood Brothers, dan industri perfileman Malaysia berada di tahap yang terbaik di mata dunia!

Senarai Pemenang APFF62

Filem Pendek Terbaik: Come Find Me

Skor Muzik Asal Terbaik: Shambhala 

Suntingan Terbaik: LUZ 

Skrip Asal Terbaik: Shadowbox 

Sinematografi Terbaik: Happyend 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Rokeya Prachy – Saba

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Xiao Dong Guo – LUZ

Pelakon Wanita Terbaik: Tillotama Shome – Shadowbox

Pelakon Lelaki Terbaik: Yukito Hidaka – Happyend

Pengarah Terbaik: Neo Sora – Happyend

Filem Terbaik: Crawling Crows: AANKHA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This