TUJUH remaja ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang remaja di Taman Bestari Indah, Johor Bahru pada 3 petang, Rabu lepas.
Video penuh klik link di bawah ⬇️
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan mengenai kejadian diterima daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun pada 4.09 petang semalam.
Beliau berkata, pengadu telah dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut, belakang badan, paha dan lengan kiri oleh tujuh remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun.
“Pengadu mengalami lebam di lengan kiri dan kanan, bengkak di paha kanan dan sakit di seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, enam remaja warga tempatan dan seorang warga asing ditahan dalam serbuan sekitar Johor Bahru pada pukul 5.30 petang hingga 9.34 malam.
“Turut dirampas sehelai jersi warna biru, tiga helai baju-T lengan panjang warna biru gelap, sehelai baju-T lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit,” katanya.
Raub berkata, tujuh suspek itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor bagi permohonan reman.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

