Anugerah TikTok pertama bakal gegar Malaysia pada 27 Ogos ini

Dari Penulis

SELEPAS mencipta fenomena di seluruh dunia, aplikasi terkemuka TikTok bakal menganjurkan TikTok Awards MY 2023 buat julung kalinya bagi mengiktiraf pencipta kandungan tanah air yang menghasilkan kandungan terbaik bagi pengikut.

Bakal menjadi acara tahunan, TikTok Awards meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.

Tujuh kategori People’s Choice (pilihan peminat) akan dibuka untuk orang ramai membuat undian menerusi aplikasi TikTok dengan carian kata kunci TikTok Awards bermula 15 hingga 26 Ogos.

TikTok Awards akan menampilkan pelbagai kategori antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Pencipta kandungan yang ternama yang mencuri tumpuan antaranya adalah Khairul Aming, Ryan Bakery, Sofyank, Ceddy Ang, BossJames dan Auntie Purple.

Negara lain yang turut menganjurkan TikTok Awards termasuk Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil.

TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung pada 27 Ogos 2023 dan peminat para calon boleh menzahirkan sokongan mereka dengan menyaksikan siaran majlis anugerah tersebut secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia.

Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann.

Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This