SEBANYAK 10 buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap runtuhan konkrit di Sri Desa Enterprenuer Park, Jalan 1/116B Kuchai, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 9.59 malam.
Sepasukan 26 anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Armdan Mahat berkata, runtuhan konkrit yang menyokong bumbung telah runtuh dari tingkat empat bangunan perniagaan itu.
“Angota bertindak melakukan operasi pengungsian bangunan dan memasang sawar-sawar di sekitar kawasan runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, runtuhan dianggarkan sepanjang kira-kira 15 meter persegi dan tidak melibatkan mangsa.
Pihak bomba masih melakukan pemantauan di lokasi kerana dikhuatiri akan berlaku runtuhan lagi.
Katanya, bomba masih dalam keadaan bersedia di lokasi sehigga pihak agensi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya mengesahkan perihal keselamatan bangunan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

