JABATAN Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan seramai enam penumpang dan dua kru berada dalam pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam kira-kira jam 3 petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat yang terhempas itu adalah jenis Beechcraft Model 390 (Primier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV.
Jelas beliau, pesawat yang dikendalikan Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
“Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada jam 2.47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada jam 2.48 petang.
“Pada jam 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun, tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Polis sahkan pesawat ringan terhempas di Elmina
Mengulas lanjut, Norazman berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan bagi melaksanakan mis mencari dan menyelamat.
Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

