LEBIH 20,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri Karnival Mega Wasilah cinta sempena Program Rehlah Dakwah Cahaya Al Hasani Hasani di Muzium Hang Tuah Centre, Kampung Duyung, Melaka.
Program yang menampilkan Naib Naqib Syurafa Maghribi dan Ketua Majelis Rasulullah Maghribi, Sayyid Moulay Mohamed Amin Al Hasani serta Al Muhaddith Syiekh Moulay Hamzah Al Kettani bakal berlangsung pada 25 sehingga 27 Ogos ini.
Program ilmu ini akan dimulakan pada malam 22 Ogos di Sabah dengan acara Majlis Khas Makan Malam Cahaya Al Hasani, Hotel Raia dekat Kota Kinabalu.

Di Melaka, Karnival Mega Wasilah Cinta ini akan berlangsung selama tiga hari dijangka bakal dirasmikan sendiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Majlis yang bertemakan “Bangkitlah Cintaku” ini membawakan pengisian ilmu yang ditunggu-tunggu seperti daurah pengajian bersama Moulay Mohamed Amin dan Moulay Hamzah.
Selain itu terdapat juga ‘flash mob’ berkaitan Sejarah Peradaban Melayu Melaka, slot Mahabbah Rasulullah dan sejarah Ahlulbait di bumi Melayu Nusantara, Malam Istimewa Pasakkan Cinta dan pelbagai lagi.
Bukan itu sahaja, turut diadakan Karnival Warisan Alam Melayu yang membawakan pelbagai aktiviti menarik dan masuk adalah percuma.
Antaranya ialah persembahan silat daripada 20 perguruan, memanah, berkuda, pantomin sejarah awal bangsa Melayu, syair, zapin, gamelan, sajak dan permainan tradisional Melayu lama serta banyak lagi.
Pada 27 Ogos juga turut diadakan Majlis Makan Malam Santapan Warisan Alam Melayu bersama kedua-dua tetamu istimewa ini & beberapa jemputan lain.

Program ini adalah satu usaha bagi mempromosikan budaya, adat dan warisan Bangsa Melayu Melaka dahulu yang merupakan sebuah kerajaan teragung di mata dunia.
Yuran penyertaan bagi Karnival Mega Wasilah Cinta hanya serendah RM119 manakala bagi Majlis Makan Malam pula adalah serendah RM329 sahaja dengan tawaran beberapa pakej istimewa lain.
Penyertaan adalah terhad dan karnival ini hanya diadakan di Melaka dan Sabah sahaja.
Orang ramai yang berminat boleh memuat turun aplikasi ‘TheWasilah’ di Google Playstore atau layari thewasilah.com bagi urusan pendaftaran dan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan mengenai sewaan tapak dan gerai jualan boleh menghubungi Azzan di talian 019-619 1510.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

