JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan, isu sedang tular di media sosial yang menyatakan 54,000 warga China dalam proses menjadi warganegara Malaysia.
Dalam satu kenyataan JPN menjelaskan, petikan yang ditularkan telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan penuh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 9 Januari lalu.
Katanya, inti pati kenyataan memaklumkan antara komitmen Saifuddin Nasution adalah untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak terhadap permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sekian lama.
“Jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai 2023 lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan.
“Malah Menteri Dalam Negeri ketika itu juga turut memaklumkan beliau menyasarkan 10,000 permohonan dapat dibuat keputusan pada tahun ini,” katanya hari ini.
Baca artikel lain: Tun M disiasat berhubung hantaran di FB?
JPN menegaskan, permohonan kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.
JPN berharap, kenyataan ini menjelaskan kekeliruan dan keresahan orang ramai berhubung isu yang hangat diperkatakan.
“Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.
“Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

