Wanita Indonesia bersama 7 lelaki warga China mengaku bersalah main judi

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG wanita warga Indonesia dan tujuh lelaki warga China mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka, minggu lalu.

Di hadapan Majistret M S Arunjothy, Wanita berkenaan, Citra Suwardi Yanti, 34 dan tiga lelaki warga China, Luo Hanshan, 26; Xiao Jie, 28 dan Wang Zhi Chun, 44, masing-masing didenda sebanyak RM1,500 dan penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Manakala di hadapan Majistret Aina Azzahra Arifin, empat lagi lelaki warga China, Wang Xianxiang, 36; Xie Zhixiang, 26; Huang Zuyong, 47 dan Lai Zhihui, 43, masing-masing didenda sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal bayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pilihan, kesemua tertuduh tersebut didakwa bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka di sebuah kondominium di Lorong Kuda, Dang Wang, Kuala Lumpur pada 11.10 malam, 14 November lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim dan AP Chandra yang mewakili kesemua tertuduh merayu agar mahkamah sekadar mengenakan hukuman denda yang minima ke atas kesemua tertuduh atas alasan anak-anak guam mempunyai tanggungan keluarga di negara asal masing-masing.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ravindejit Kaur dan Amritpreet Kaur Randhawa mencadangakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran bagi kesemua tertuduh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This