Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas diserah kepada keluarga esok

Dari Penulis

SATU jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut termasuk identiti mangsa akan didedahkan esok.

“Kita akan serahkan satu mayat esok pagi… kita akan hubungi keluarga dahulu sebelum maklumat lanjut didedahkan kepada umum,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HATR) Klang malam ini.

Hussein turut mengadakan mesyuarat dengan pasukan patalogi, Jabatan Kimia, Bahagian Cap Jari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan pakar ontologi Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan proses mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Beliau berkata pihaknya juga menghantar sampel ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pengurusan mayat mangsa nahas itu dijangka selesai seawal Isnin ini.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang semalam itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This